Terima kasih kerana tidak jemu-jemu mengunjung blog ini. Sememangnya tujuan blog ini diwujudkan adalah bagi merapatkan lagi silaturrahim sesama kita dan semoga dengan kewujudan blog ini, kita akan lebih mudah dan lebih kerap berhubung.
Terima kasih kepada semua keluarga yang telah menjayakan Hari Keluarga Johari 2009. Seperti yang dibincangkan semasa HKJ 09, acara seperti patut diteruskan setiap tahun iaitu pada pertengahan bulan Disember setiap tahun.
Namun, jika ada cadangan lain, bolehlah diusulkan di sini. Selain itu, jika ada sebarang cadangan mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan, boleh juga disuarakan di sini. Sebarang pendapat dan pertanyaan amatlah dialu-alukan. Sila tinggalkan komen anda dan semoga kita dapat menjayakan Hari Keluarga Johari sebagai acara tahunan bagi keluarga ini.
0 komen:
Post a Comment