Diskusi Hari Keluarga

Wednesday, September 2, 2009 | |

Assalamualaikum kepada semua ahli Keluarga Johari. Terima kasih kerana tidak jemu-jemu mengunjung blog ini. Sememangnya tujuan blog ini diwujudkan adalah bagi merapatkan lagi silaturrahim sesama kita dan semoga dengan kewujudan blog ini, kita akan lebih mudah dan lebih kerap berhubung.

Rasanya sudah tiba masa kita membincangkan topik Hari Keluarga Johari.
Cadangan awal, hari keluarga yang julung-julung kali akan diadakan ini ialah pada penghujung tahun ini di musim cuti sekolah.

Tarikh masih belum ditentukan lagi. Diharap usul-usul dapat diberikan oleh semua pihak bagi memastikan kesemua ahli keluarga Johari dapat mengambil bahagian (sebaik-baiknya).

Lokasi yang telah dicadangkan ialah di Lumut, Perak oleh kerana lokasi tersebut merupakan lokasi yang paling adil untuk semua. Namun, jika ada cadangan lain, bolehlah diusulkan di sini.

Selain itu, jika ada sebarang cadangan mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan, boleh juga disuarakan di sini.

Sebarang pendapat dan pertanyaan amatlah dialu-alukan. Sila tinggalkan komen anda di topik ini. Semoga kita dapat menjayakan Hari Keluarga Johari yang pertama ini dan diharap ia akan menjadi acara tahunan bagi keluarga ini.

Terima Kasih

6 komen:

Unknown said...

keluarga kami dah discuss. Kalau semua bole, tarikh 12/12 ok dak? hari sabtu..

Unknown said...

owh,mintak maaf.. babycrownz ialah DiaNa.. nama tu tak boleh nak ubah sbb tu nama blog.. hehe

Anonymous said...

12/12...ok gak, yg lain mcmana?

Anonymous said...

ooppsss...sori...abp p tu...pakcu besaq...nama nie pun tak leh nak ubah coz dh lama melayari di alam siber..alamak habis laa depa dh tau ..hehehe...

taa said...

So, 2 out of 11 families da stuju 12/12... Keluarga lain sila beri respond...
Abg P?? Hahaha

serumpun zahir said...

Kalau buat di hotel kenalah buat 2 malam sebab kalau buat satu malam eje rasa macam tak sempat sebab check in pukul 2.00 dan esoknya 12tgha hari dah check out. Macam tak sempat aje. Tapi kalau buat 2 malam contoh Jumaat 11 Disember check in. Esoknya sehari suntuk boleh lakukan aktiviti. Malam dinner dan esoknya (Ahad) barulah check out. Budak - budak pun mandi manda, kalau tidak mereka ni akan merengek aje.